Thursday, October 29, 2009

Cinta yang perlu dicari


Cinta itu sangat berharga dan kita perlu mengambil masa yang mencukupi untuk mengenali seseorang itu sebelum melafazkan kata cinta padanya.

Apalah erti cinta jika sekadar lafaz di mulut dan bukan datang dari hati.

Pernahkah anda mencari sesuatu barang yang diperlukan tetapi tidak berjumpa?Sebaliknya apabila barang itu tidak diperlukan, tanpa anda cari, ia ada pula didepan mata. Oleh itu jangan terburu-buru mencari cinta kerana ada kemungkinan ia akan datang sendiri kepada kita ketika kita tidak lagi memburunya.

Hidup memang memerlukan cinta, tetapi cinta bukanlah segala-galanya di dalam kehidupan kita.

Jika kita kecewa bercinta, jangan disalahkan takdir kerana Tuhan saling mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Di mata kita mungkin ia satu keburukan, sedangkan ada banyak hikmah tersembunyi di sebaliknya yang tidak kita sedari.

Tidak salah untuk bersedih dan kecewa apabila putus cinta, namun jangan keterlaluan hingga berfikir serta bertindak keterlaluan dan bukan-bukan. Banyak lagi keutamaan lain di dalam kehidupan ini dan bukan cinta semata-mata.

Jika anda tidak mempunyai cinta jangan sesekali bersedih hati jika tiada orang yang mencintai anda kerana Tuhan itu maha kuasa kerana pada suatu hari akan ada orang mencintai anda pada suatu hari nanti. Dan jangan pula terhegeh-hegeh mencari cinta kerana suatu hari nanti ada akan merana kerana orang itu hanya akan mempermainkan perasaan anda dan akan buat ada tidak dihargai.

Pada seorang perempuan biarlah mencari cinta yang amat dihargai dan mencari pasangan yang amat menyayangi anda kerana apabila pasangan anda menyayangi anda mereka mungkin tidak akan mencari pasangan lain dan anda juga perlu menghormati cinta mereka.

hasil tangan AIDA